Kisah adik dan abang..."Bercinta"

9:59 PM Edit This 0 Comments »

Kisah Adek & Abang :" BERCINTA"
suatu pagi yang tenang, adikku bertanya : "abg, boringlah pagi ini, nak buat apa ya?" aku tersenyum : "dah solah sunat dhuha?" adikku mengangguk : "sudah abg"..aku tersenyum : "dah baca Al-Quran pagi ini?" adikku mengangguk : "sudah abg"..aku tersenyum : "alhamdulillah..bila semua kita rasa sudah, pasti akan ada yang tak sudah"..adikku kehairanan : "maksud abg?"


aku tersenyum : "dik, pasangan yg sedang bercinta macam mana?"

adikku menjawab : "biasanya, senyum2, sentiasa merindui, sentiasa mencintai, sentiasa bercakap dengan si dia, tak leh nak lepas si dia, dan entah lah apa lagi, biasanya seperti romantik gitu"..

aku tersenyum : "jadi, dengan Allah pun begitu dik..kalau kita rasa boring, maka bermaksud kita sudah melupai Allah, kita sudah tidak merindui Allah S.W.T, kita sudah tidak mencintai-Nya"..

adikku menjawab : "ish, bukan begitu abg, cuma kadang2 rasa boring"..

aku tersenyum : "dik, seseorang yang sedang bercinta dengan Allah tidak akan berasa boring dik..melainkan hati kita itu adanya hal lain, di mana hal lain itu adalah bersifat dunia dan melebihi daripada hal2 berkaitan cinta pada Allah"..

adikku tunduk : "ohh.."..

aku menyambung : "dik, abg bukan nak mulakan tazkirah ke apa, cuma nak berleter sikit..hehe"..

adikku tersenyum..

aku menyambung : "dik, ingat lah pada suatu ayat Al-Quran..

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (sempurna akal), (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkataThis emoticon has been enhanced by Facicons Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Surah Al Imran ayat 190 dan 191)..wallahua'lam..

jadi, dik, apabila seseorang yg sentiasa terikat dengan Allah maka, dia tidak akan berasakan boring..lihat alam, subhanallah, Allah Tuhan Yang Maha Kuasa..lihat diri, subhanallah, Allah Tuhan Yang Maha Bijaksana..insya Allah..hatimu perlu berzikir, bukan bibirmu, maka dirimu tidak akan berasa boring, bahkan dipenuhi dengan halawatul Iman.."

adikku tersenyum dan mengangguk..

aku terus memeluknya..: "bagus adik abg ni..adik, ingat tau, kalau kita rasa kita lemah, peluklah manusia yang boleh menenangkanmu, kerana itu sebaiknya dan akan menguatkanmu kembali"..

bercinta dengan Allah, halal..(^_^)

bercinta dengan "mak we", "pak we" dan seumpamanya, haram..(^_^)

maka..ambillah peluang keberkatan Bulan Ramadhan ini utk mencari cinta dan "dating" dengan Allah S.W.T..insya Allah..amin ya rabbi..wallahua'...lam..

0 comments: