Muslimah Beriman
6:43 PM Edit This 0 Comments » Bismillahirahmanirahim....
Wahai Muslimah
Kalau dahulu, apabila nama wanita disebut maka terbayanglah di mata, seorang insan yang santun gerak lakunya, lemah kudrat dikendong jasad, dan pendek akal sejengkal cuma. Apa yang tergambar pada mentaliti masyarakat dahulu, wanita merupakan makhluk yang lemah dan hanya layak diletakkan di dapur sebagai alat bernyawa yang berguna untuk mengenyangkan perut seisi rumah. Lebih malang lagi, pada zaman kegemilangan Empayar Rum dan Yunani, wanita dijadikan asset untuk melempiaskan nafsu bagi kaum lelaki dan seterusnya tubuh badan wanita dijadikan bahan ejekan dan hinaan atas pentas-pentas komedi dan teater lucah. Bahkan, teramatlah malang nasib wanita kalangan bangsa Arab sewaktu zaman jahiliyyah yang lampau, wanita tiada hak untuk bersuara… sehinggakan suara tangisan kelahiran mereka tidak sempat untuk mengimarahkan alam maya ini apabila bayi-bayi mungel yang berjantinakan perempuan ini dikuburkan hidup-hidup tanpa simpati. Itulah nasib wanita sebelum lahirnya ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad seorang lelaki yang amat memuliakan wanita dan menghargai pengorbanan yang dicurahkan oleh kaum wanita.
Lantas wujudnya sinar Islam, merungkai segala selaput duka dan dilema yang dihadapi oleh para wanita. Bahkan, Islam mengangkat darjat wanita setaraf dengan kedudukan lelaki serta memberikan tanggungjawab sama seimbang dengan tanggungjawab yang dipikul oleh lelaki. Indahnya Islam itu, memahami lemahnya kudrat wanita, maka disusunnya wanita itu di barisan paling belakang di dalam peperangan, bukannya kerana diskriminasi, tetapi kerana sayang dan menghargai kewujudan mereka di dalam peperangan. Cederanya mereka, syahidnya mereka, siapa pula yang akan membalut luka para pejuang Islam yang lain, siapa pula yang akan meniup api semangat dalam hati para mujahid. Lemahnya kudrat wanita itu, Islam meletakkan wanita di barisan paling hadapan di dalam bidang pemdidikan anak-anak, sebagai orang yang paling layak untuk mendidik dan mengasuh para tunas Islam. Allah s.w.t mengetahui lemahnya kudrat seorang wanita itu, tetapi di dalam jasad si lemah itu ada seketul hati yang kuat dan cekal sekeras batu pejal. Keupayaan dalaman jiwa yang kuat inilah telah melahirkan ramai pendokong dan pejuang agama apatah lagi para ilmuan dan pemimpin negara hasil asuhan daripada seorang wanita lemah yang berjiwa kental!
Maka wajarlah nama Saidatina Khadijah menjadi sebutan sepanjang zaman, kebangkitannya dia dari dua zaman yang berbeza menjadikan dia wanita unggul tauladan ummah. Biarpun kabus hitam jahiliyyah menyelubungi langit Arab, namun dia mampu menyinar cerah di celah-celah kegelapan itu. Dialah tokoh wanita yang menjadi igauan para lelaki, yang memiliki segedung kekayaan meskipun bergelar janda, dan seorang pencabar kepada para saudagar lelaki di madan perniagaan. Statusnya sebagai wanita sedikitpun tidak melemahkan hati kewanitaannya.
Hebatnya dia sebelum era kebangkitan Islam, maka bertambah hebatlah dia setelah hadirnya nur Islam. Lihat dengan mata hati, bergelarnya dia seorang isteri kepada seorang Nabi sedikit pun tidak membuatkan dia lupa diri. Bahkan sumbangannya kepada Islam, benar-benar memberikan ruang untuk Islam dapat terus bernafas sehingga pada hari ini. Hartanya kekayaan yang menggunung tinggi, dikikisnya sekali harung untuk survival agama Islam. Beruntungnya Rasulullah s.a.w memiliki isteri seperti dia, kekuatan dan semangat hati baginda sentiasa terjaga dan dijaga oleh Saidatina Khadijah demi memastikan Rasulullah s.a.w tidak rebah sebelum selesai berjuang. Renunglah sejenak di awal sejarah kerasulan baginda, meskipun tiada kelulusan PhD dalam bidang psikologi, lemah tutur bicara Saidatina Khadijah, tatkala Nabi Muhammad pulang dalam keadaan takut dan gementar, buntu dan keliru kerana didatangi tetamu aneh sewaktu baginda beruzlah seorang diri, maka dia hadir di sisi Rasulullah s.a.w, menyelimutkan penuh kasih sayang diri baginda, lantas meniup bicara halus penuh hikmah, memberikan kepercayaan kepada suaminya seterusnya membakar semangat kekasih hatinya.
“Sekali-kali tidak wahai anak pakcikku. Demi Allah, Allah s.w.t tidak akan menyusahkan engkau selama-selamanya. Bergembiralah dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya dirimu penyambung persaudaraan, memikul bebanan orang, menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tak mampu, benar bicaranya, memberikan bantuan kepada mereka yang tertimpa bencana, sesungguhnya daku berharap engkau menjadi Rasul kepada umat ini.”
Sayyiditina Khadijah, bukan sahaja seiring pakar psikologi di sisi Rasulullah s.a.w, bahkan dia merupakan seorang pakar dalam membentuk keluarganya. Dialah ibu yang telah melehirkan para srikandi Islam yang memiliki peribadi yang mulia, yang tidak takut untuk turun berhadapan dengan kebatilan, yang bijak dalam memahami ajaran Islam yang dibawa oleh ayahanda mereka dan yang pastinya memiliki iman seunggul Rasulullah s.a.w. Lihat sahaja Fatimah Al-Zahrah, dia bukan sahaja mewarisi keibuan bondanya bahkan turut mewarisi keunggulan akhlaq ayahandanya. Pembinaan keluarga yang yang dinukilkan oleh Saiyyiditina Khadijah bukan sahaja memberikan nur keberkatan kepada anak-anaknya, bahkan hasil didikan dan asuhan pasangan suami isteri ini, maka nur itu terus menyinari generasi seterusnya.
Benarlah, hadirnya Islam di alam maya ini, benar-benar telah mengangkat martabat nilai kewanitaan itu. Lelaki dan wanita sama perlu kepada usaha-usaha menyebarkan Islam sama penting seperti manusia perlukan oksigen. Buangkanlah jauh-jauh istilah karut kebangkitan wanita seperti feminisme yang memperjuangkan hak sama-rata lelaki dan perempuan, tetapi wujudkanlah pula semangat kebangkitan Muslimah yang tahu tanggungjawabnya sama berat dengan lelaki untuk mendaulatkan Islam.
Ketabahan, kecekalan, kekuatan, kesabaran merupakan senjata utama bagi menjamin kelangsungan dalam pembangunan pekerti. Mehnah dan ujian merupakan asam garam perjuangan. Hanya yang konsisten sahaja mampu bertahan menelan segala kepahitan. Gadis muslimah sebagai tenaga penggerak perlulah melengkapi diri dengan berbagai persiapan. Gadis era kebangkitan perlu mempunyai daya juang yang tinggi, tidak mudah berputus asa dan akan tetap meneruskan perjuangan walau apa rintangan yang menentang. Kerjaya yang dipegang, tugas keibuan, tugas sebagai isteri harus diagih sebaik mungkin bagi menjadi tenaga penegak masyarakat yang saling berkasih sayang.
Umpama mengasah pisau yang tumpul, akhirnya menjadi tajam, marilah para jelitawan muslimat kembali mengasah hati dan minda untuk menjadi muslimah beriman dan cemerlang.