Pesanan Untuk Orang Cantik

2:39 AM Edit This 0 Comments »
:| |:

Bismillahirahmanirrahim...

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya
yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w.
kerana Baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali
daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam lagi perkara.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu
rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa
anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya
ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-NYA. Kita
memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada
diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, itu
satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa
membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan
memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap
keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan
setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba,
bagaimanakah perasaan si cantik menghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa s
usah yang tiada kesudahan?

Jika anda merasakan diri anda buruk, itu lebih baik daripada cantik tapi
kecantikan itu akan boleh membinasakan anda sendiri. Orang cantik selalunya
lebih digilai. Cabaran untuknya melalui hidup dengan lebih tenang agak sukar.
Kemana saja dia pergi dia akan diburu. Dia mungkin kuat untuk bertahan tapi
ramai orang cantik akhirnya kecundang.

Sedari anak dara orang cantik menjadi hambatan orang. Kadang-kadang dia menjadi
mangsa perebutan yang menumpahkan darah. Setelah dia dimiliki dia tidak bebas
daripada hambatan mereka yang pernah jatuh cinta terhadapnya, tidak kira samaada
dia mengetahui mahupun tidak. Tatkala dia bergelar janda cabarannya lebih hebat.
Terus menjanda akan digelar janda berhias, menamatkan kejandaan dituduh tidak setia.

Ibarat rama-rama yang diberikan sayap indah. Ia melirikkan mata setiap orang
yang melihat. Kadang-kadang orang tidak sekadar melihat tapi mahu memiliki.
Kadang-kadang orang tidak peduli bagaimana caranya untuk dia memiliki.
Yang penting dia dapat.

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang
dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan
kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar
untuk diberikan balasan yang setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh
duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan oleh
Rasulullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa
kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga
yang buruk sebab dia terus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham
kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya
terhadap semua perintah dan larangan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia
faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah
ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri anda sebab
kewujudan anda membuktikan kekuasaan ALLAH!

Oleh itu Bersyukurlah dengan apa yang ada..
Ingatlah setiap apa yang ALLAH jadikan Tentu ada HIKMAHNYA..

Pesanan Buat Wanita

2:37 AM Edit This 0 Comments »

.:| SERUAN siapa lagi yang di Tunggu???? |:.

Bismillahirahmanirrahim...

Allah berfirman yang bermaksud:

Dan Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
(surah An-Nuur ayat 31)

Allah berfirman yang bermaksud:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk
(taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan)
Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?
Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi
kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui
masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras
(dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya
orang-orang fasik. (surah Al-Hadid ayat 16).

....................................................................................

Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari
golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing.

Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa
sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya "NANTI DULU..."

Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding
supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada
pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala-galanya telah berubah..
Makin jauh kita dari zaman Rasulullah makin kita jauh dari amalan agama.

Dalam ayat yang sama juga Allah menegur kita supaya TIDAK MENJADI seperti ahli
kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman
nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini.

Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat,
tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai.
Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah

"BELUM SAMPAI SERU".

'SERUAN' apa yang ditunggunya atau 'SERUAN' dari siapa yang sedang mereka tunggu?????

Bukankah Allah telah "MENYERU Umat ISLAM" untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi.
Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?

Lihat lagi ayat di atas Allah berfirman:

"Katakan kepada orang-orang perempuan yang BERIMAN" Allah dengan khusus gunakan
perkataan "BERIMAN" dan bukannya "Wahai Manusia" kerana segala perintah hanya boleh
didukung oleh orang-orang yang Beriman sahaja.

Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang
'BERIMAN'. Kita kata kami beriman dengan Allah, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya
tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan...
Allah telah menggariskan peraturan dan Rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu
telah termaktub di dalam Kalam-Nya. Tetapi kenapa masih leka???

Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.

Maka, wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "TIADA ESOK BAGIMU...".
Gembirakanlah Allah dan RasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah dan rasulnya dapat menggembirakan kamu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI
PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wallahu a'lam.

p/s: Ingatlah wahai Saudari-Saudariku.. Tiada sesiapa dapat mengubah diri kita melainkan kitalah yang dapat mengubah diri kita sendiri...
Semoga saudari-saudari mendapat Taufik dan Hidayah dari Allah dan di beri kekuatan oleh Allah untuk berubah...

Ingatlah... KEMATIAN itu PASTI.. Masanya saja kita belum Pasti BILA???? Jadi, berubahlah sebelum kain PUTIH membaluti TUBUH KITA...



Renung²kanlah... Selamat BERAMAL dan Semoga beroleh MANFAAT.. Insya Allah.. Amin..

Fitnah Wanita

2:36 AM Edit This 0 Comments »
| FITNAH WANITA |

Titian dunia ku susuri satu persatu,
Bertatih dalam kandungan ibu,
Menghibah dunia destinasi ku,
Manusia dan makhluk dunia teman hidup ku.

Usia menjangkau masa berlalu jua,
Terasa usia ditelan dunia,
Ramuan suka duka menjadi santapan jiwa,
Pengalaman jiwa yang cukup bermakna.

Lahir membawa identiti rupa,
Wanita menjadi ketentuan YANG MAHA ESA,
Dugaan datang meneroboh jiwa,
Satu persatu meruntun kalbu terasa.

Bait bicara cuba di jaga,
Kerna diri membawa identiti rupa,
Mungkin ada khilaf terselit jua,
Hingga fitnah di tabur merata-rata.

Wanita dan diri ku sentiasa bersama,
Tidak terpisah selama-lamanya,
Justeru, ku lestarikan warkah untuk semua,
Moga mampu mencuit rasa.

Saat jiwa direntap rakus,
Mata berkaca jua menerus,
Terasa pandangan lurus,
Akal bermain kata tanpa terurus.


*************


Wanita,
Pemakaian kalian bualan manusia,
Dicemuh merata perbandingan akal dunia,
Sikap dan pemakaian menjadi santapan nilaian manusia,
Tafsiran akal bermain kata,
Mulut mula membicara,
Hati mula meluah rasa,
Segala dibongkar menghina jua,
Sempurna ingin dilihat di mata,
Namun, ketahuilah manusia,
Khilaf diri itu pasti.

Wanita,
Fitnah diri senjata hati,
Membunuh jua wanita kini,
Namun, itu menjadi santapan kini,
Fitnah ditabur meruntun kalbu diri.

Wanita,
Diri mu dan diri ku satu.
Harus ku semai cinta bersama,
Cuba menjaga diri jua,
Dalam meniti bahtera dunia,
Ada khilaf diri terselit bersama.

Justeru,
Ku jatuh berlabuh berlutut,
Memohon khilaf untuk semua,
Semua nya takkan sama lagi seperti biasa.
Mungkin yang terbaik
Perlu ku undur diri dari semua,
Meninggalkan kalian untuk selama-lamanya.Namun,
diri ku tetap memberi,
Walaupun dalam duka dan perit di hati,
Kerna untaian bicara sahabat sejati,
Menjadi pegangan di hati.

Lelaki dan wanita,
Sesama kita bergelar insan,
Punya mulut untuk berkata.
Justeru, ku mohon dari kalian semua,
Penghinaan diri lestarikan kepada Si Dia,
Bukan ditabur merata-rata.